Apa yang berlaku pada aku semalam sangat menyakitkan dan mengerikan. Bayangkan aku baru hendak mulakan perjalanan aku ke kelas tanpa disangka-sangka sesuatu yang tak diingini telah terjadi kepada aku. Hanya Allah saja yang tahu macammana aku rasa saat itu. Aku tak mampu nak berjalan dan berdiri hinggakan beg n botol air aku, tak larat nak pegang dan terpaksa dipegang oleh kawan aku, Yati. Mujur ada Yati saat itu, kalau tak ada dia, aku tak tahu macammana. Aku nyaris2 pengsan dalam waktu itu. Dengan keadaan aku yang pucat lesi tapi aku terpaksa gagahkan jua diri aku dalam keadaan yang terpaksa dengan rasa yang sangat sakit dari kepala hingga hujung kaki aku. Terpaksa aku korbankan lagi kelas general writing aku, bukan aku sengaja tapi terpaksa. Yang paling kesian Yati terpaksa menemani aku saat itu, rasa bersalah pun ada sebab dia terpaksa ponteng kelas sebab aku.
Dah bertahun2 aku alami benda ini tapi tak sangka semalam merupakan hari yang benar2 menyakitkan aku. Dulu aku alami sakit2 di bahagian perut n muntah2 dan au kena berehat tapi semalam aku nak bergerak pun aku daya. Sakitnya aku....Ya Allah.
Tapi benar aku tak faham, kenapa ada sesetengah orang tak faham apa yang aku alami semalam hingga ada yang mengguris hati aku. Kadang2 apa yang mereka katakan, mereka tak ambil peduli situasi orang itu bagaimana..main sedap mulut je mereka berkata2. Macamana kalau benda itu terjadi pada mereka, dan aku berkata sedemikian, apa perasaan mereka? Dalam rasa aku yang sakit, aku mudah nak marah. Selama ini aku cuba kawal rasa marah aku, mulut aku dan diri aku supaya tak jadi orang yang tak pedulikan orang lain. Aku tak menyusahkan diaorang, dan projek aku pun aku tak suruh diorang buat. Dan tak ada satu pun yang aku susahkan mereka. Aku tak pernah sibuk hal mereka tapi mereka...entah, aku tak faham dengan manusia. Sewenang2nya berfikiran dan bermulut begitu.
Kadang2 mereka sering berfikir mereka insan yang hebat, tanpa sedar mereka semua masih perlu banyak belajar macam aku. Ingatlah kita ini hanya manusia biasa yang kadang kala tak sempurna mana, tapi sekurang2nya kita hargailah kebolehan apa yang ada pada setiap orang.
Khamis, 25 Mac 2010
semalam yang menyakitkan....
Isnin, 22 Mac 2010
Sakit aduh sakit..
Entah kenapa hari ini aku rasa seluruh badan aku sakit2, paling terasa kat kaki aku. Aku tak tahu lah kenapa, mungkin kesan dari aku berhujan semalam. Sepanjang hari ini aku tidur dari 12 hingga 5 petang, hinggakan Zohor aku entah ke mana. Kelas pun aku ponteng,hihihi tapi satu kelas je. Kadang2 aku rasa macam nak demam, tapi macam tak jadi lak nak demam. Aduhai..inilah keadaan yang menganggu aku sepanjang hari ini. Ya Allah berikan aku kekuatan untuk menghadapi hari2 terakhir aku sebagai pelajar yang bakal tamat pengajian tak lama lagi. Mampukah aku harungi semua ini, sedangkan masa semakin suntuk??
Bila difikirkan kembali aku menjadi takut, takutnya...Sedangkan banyak lagi benda yang aku tak sempat buat.
Hari ni, aku menjadi semakin bosan dengan hidup ini, aikkk jangan fikir bukan2 aku tak lah sampai nak buat benda bukan2. Cuma aku rasa tapi tak dapat nak luahkan. Aku ada yang tersayang tapi dia sibuk dengan perniagaannya, aku ada kawan tapi setiap orang ada masalah sendiri n aku ada yang dikasihi tapi dia penat dengan kerjanya. Alih2 blog juga jadi luahan aku. Tapi tak pe kan, nilah proses menjadi manusia yang bakal berdepan realiti hidup. Ini baru sikit, belum lagi banyak atau lebih. Sama2 lah kita saksikan lakonan manusia di alam ini. Mungkain aku, kau, atau mereka yang berlakon semata2.
Ahad, 21 Mac 2010
SEMALAM....
Semalam aku ingat nak menulis kat blog tentang kejadian yang berlaku dalam hidup aku semalam. Tapi tak jadilah lah sal semalam pun aku sampai kat kolej pukul 10 malam. Tambahan pula, hujan mencurah-curah menemani aku sepanjang petang dan malam aku semalam.Hihihi, balik2 terus aku mandi dan tidur sebab aku rasanya macam nak demam. Mana taknya sepanjang petang dan malam berjalan dalam hujan.Payung lak aku tertinggal kat kolej.Hihihi padan lah muka aku.
Aku pulang agak lewat kerana menemani kawan aku g salon, cuci rambut, luruskan rambut n macam2 lah..n hujan yang membuatkan aku tak dapat berbuat apa2. Tapi yang paling menarik aku sempat menyaksikan persembahan kat Central Market sempena Hari Kraf Kebangsaan 2010. Sambil menunggu hujan teduh sempat lah aku mengizinkan telinga aku mendengar aluanan lagu dari kumpulan Balle Balle n penyanyi dari luar negara. Tapi aku lebih tertarik kepada persembahan Balle Balle, kerana semua lagu yang didendangkan berirama 40an, 50an dan 60an, menarik gitu. Dah lama tak dengar lagu begitu sesekali seronok gak. Seronok melihat gelagat seorang wanita Cina dalam lingkungan 50an menari2 mengikut alunan muzik n menyanyi lagu Melayu lama, terkejut aku dibuatnya. Aku sendiri pun tak tapi dia boleh tahu. itulah satu Malaysia, tak semestinya Melayu saja yang tahu lagu Melayu tapi Cina juga tahu.
Sabtu, 20 Mac 2010
dah lama dah...
rasanya dah lama aku tak menulis dalam blog ni..memang lama lah, aku tak nafikan. kesian kat blog aku ni, jadi persinggahan aku bila aku ada masalah. Kalau aku tak ada masalah tak adanya aku nak menjenguk blog ni melainkan aku memang rajin membaca blog masakan.hihihi minat aku lah tu. pasni aku ingat nak wat blog ni sebagai blog masakan lah pulak. boleh aku kongsi sebarang resepi yang aku ada kat orang lain. resepi yang belajar dari ayah aku, mak aku n mak saudara aku.
bila aku baca blog masakan ini sebenarnya satu terapi buat aku, aku rasa seronoknya hidup bila dapat masak kat orang lain. seronok sangat, tak tergambar perasaan yang macammana. Bila masak selesai masalah rasanya. hidup untuk memasak, aduh seronoknya.
sejak kebelakangan ini, hidup aku didatangi benci. bukan aku yang benci kat orang tapi orang benci kat aku. mungkin ada sifat aku yang buat orang tak suka kat aku. aku kena fikir balik apa itu.ish2 rumit hidup ni, tapi bahagia kalau dapat memasak.
aku ni mengada-ngada sangat kot tak pun manja lah sangat kononya..hihih,entahlah.
kadang-kadang susah juga jadi orang yang tak suka berkata2, berkata2 hanya yang perlu saja. tu lagilah sedap orang menghentam kita, tanpa kita sempat nak mempertahankan diri.huhuhu hidup2, hidup bukan untuk menyusahkan orang tapi secara tak sengaja akan menyusahkan orang. kita manusia biasa bukan insan yang mulia pun, jadi jangan fikir kita baik sangat sampai tak nampak kebaikan orang lain..sekurang2nya sedarlah sikit kebaikan orang lain walaupun hanya sekelumit saja.
Khamis, 21 Januari 2010
tension......
aku tak tahu kenapa beberapa hari ni aku dah semakin tension dan bengang dengan seseorang. Ntah kenapa mood aku jadi tak betul gara2 dia. Apa yang patut aku lakukan supaya ia hilang dan tak menghantui aku. ingin saja aku isytiharkan minggu ni minggu tak mood aku. mujur aku jenis orang yang tak mood, tak tunjukkan kat orang atau lepaskan pada orang lain. Macam2 aku tension sekarang ini, aku tension dengan projek paper aku, masalah hidup aku dan kerja aku yang bertimbun2 tu. Mana nak aku campakkan ia, nak kuluahkan ia, nak kulepaskan ia..aku tak tahu. Tension yang melanda aku kadang kala menyebabkan aku pening yang teramat sangat..mujur aku dapat kawal. Aku seorang yang selamba badak dalam segala hal, kadang-kadang tak terlepas dari mengalami perkara ini apatah lagi orang lain. Mungkin aku harus bermunasabah diri dan melihat orang lain dalam menghadapi tension ini. Aku harap esok akan ada hari yang ceria buat aku, amin harap2. Aku akan try menjadi Nini yang selamba dan tak ambil peduli orang lain. Hidup untuk menceriakan diri kita dan dunia kita.
Khamis, 31 Disember 2009
SETENGAH JAM YANG TERAKHIR....
setengah jam terakhir...aku menulis kali terakhir untuk tahun 2009 ni, tahun 2009 yang merumitkan pemikiran aku yang sedia rumit. harapan aku tak tercapai lagi, doa aku tak termakbul lagi. aku akan terus menanti hingga sampai satu detik yang akan merungkai segalanya..adakah keyakinan aku akan menjadi nyata atau ianya sekadar angan-angan sahaja, aku tak pasti tapi bagi aku bila semua itu telah disuratkan aku akan mengalah...selagi belum aku akan sedia berdoa. aku tak tahu adakah itu semua mampu menjadi kenyataan. dengan masa yang agak suntuk buat aku, terlalu singkat..tak tahu.aku sangat2 berharap bila aku konvo nanti akan ada 'dia' yang melihat aku sampai ke tahap ini...walaupun tak seberapa, tapi kerana 'dia' aku mampu berada di sini. biarpun hajat aku dan 'dia' tak kesamapian saat itu. tahun 2010 harap ada rezeki aku dan 'dia'.Aminnnn.
Isnin, 23 November 2009
Keluar....
Hari ni aku pergi Temerloh..huhu gan adik aku tu lah. hebat tak adik aku tu dengan selamba kapak dia bawa motor tak ada lesen..hehe aku mana reti bawa motor, naik je pandai. Setakat lesen kereta tu aku ada lah, tu pun hadiah dari ayah aku...dapatlah buat lesen. heheh disebabkan tak ada lesen, kitaorang terpaksalah naik bot kat Teluk Ira tu, tapi sampai2 aku terkejutlah sal air Sungai Pahang punyalah besar.huhu takut beb!!! Banjir kot Pahang kot tahun ni. Sal tempat jalan kaki kat tepi Sungai Pahang tu dah tenggelam. Ingat nak taruh gambar kat sini tapi aku tak berani lak sal ni kat CC, silap2 lagi kang kamera aku kena virus. Tak nak aku. minggu ni busy aku sal beberapa hari lagi bergegarlah rumah aku dengan kaum kerabat aku sempenan raya haji, minggu depan pulak nak kenduri busy busy busy nak kemas rumah. heheh....