Hari ni,aku baru mulakan menulis blog. Kelakar betul lah, aku tak tahu macamna lah nak mulakan. Pening aku sekejap. Pas balik dari kelas Teater dan Drama Pentas tadi, aku terus buat blog macam yang pensyarah aku suh buat.
Kalau tak disuruh, mana aku nak buat, aku tak minat pun benda-benda gini tapi tak pelah tu kan proses pembelajaran. Mana tau, aku jatuh hati ke satu hari nanti dengan blog ni. Mana tau kan, mungkin? Seperti biasa, aku dan sifat aku..kita hentam jelah macam mana pun asal kita tulis.Hehe
Kalau dikira hari ini adalah hari yang ke-22, umat Islam terutamanya di Malaysia lah menyambut Ramadhan. Mesti ada yang tak sabar nak raya, kan? Yelah tinggal lapan hari lagi ni..Ada lah yang mula kelam kabut ni, aku dah mula pening nak balik macammana..alahai tiket pun tak beli lagi. Tulah aku degil sangat, Abah aku awal2 lagi dah pesan suruh beli tiket. Tapi tulah, aku memang degil. Semua hal buat aku pening, harap-harap esok lagi lah tiket nak balik Pahang. Kalau tak ada naik bas loncat lah aku, aduhhh..pening aku.
Jumaat, 11 September 2009
Mulakan....
Dicatat oleh nieny di 10:42 PTG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan