Apa yang saya dapat dari kelas ini ialah sekurang2nya saya ada blog dan facebook. Yelah sebelum ni, manalah saya nak minat dengan benda-benda gini. Sekarang pun kurang minat lah tapi tak pe orang kata tak kenal maka tak cinta. Mana tau nanti, aku jatuh cinta dengan facebook dan blog ye. Tetapi, yang paling saya minat dalam kelas ini adalah semangat kerjasama yang ditonjolkan antara ahli kumpulan saya. Walaupun pelbagai masalah yang timbul dalam menghasilkan dan menyiapkan tugasan yang diberikan namun tetap sabar dan bersemangat untuk menyiapkan tugasan yang diberikan. Alhamdulilah semuanya berjaya, dan saya dapat belajar apa yang saya tak tahu sebelum ni dalam mana2 kelas. Yang penting, saya dapat mengharungi membuat tugasan dalam tekanan seperti yang diajarkan oleh DR. Normaliza.
Selasa, 20 Oktober 2009
KELAS SASTERA MULTIMEDIA...
Dicatat oleh nieny di 2:03 PG
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 ulasan:
Catat Ulasan