semalam baru je lepas beli laptop..lama betul kena tunggu kat Low Yat, tapi tak apalah dah berbayar penat tu.hehe apa lagi malam tadi tidur tak ingat dunia. apa2 terima kasihlah yang tak terhingga buat Ho, Ravi (nama dia lain tapi aku panggil je gitu,hehe) dan Nizam kerana sudi menemani aku sampai ke Maghrib nak beli laptop punya pasal lah ni,hehe. Laptop lama aku hantar untuk dibedah siasat oleh Ho yang baik hati tu. Aku tak tahu lah berapa banyak virus kat laptop aku tu. Rasanya semua ada tu atuk nenek cucu cicit virus semua ada kat laptop aku tu. setahun tak ada anti virus dan wireless.hehe. bukan tak nak baiki tapi aku hanya percayakan orang yang aku kenal je bila nak baiki laptop ni. biasanya kawan adik aku yang baikinya tapi dia tu busy betul dengan hidup dia,alih2 jadi gitulah. Laptop lama aku, aku serahkan kepada adik laki yang aku sayangi,hehe. Bagi aku samaada laptop baru atau lama tu semua bukan ukuran kerana yang paling penting rezeki kurniaan Tuhan..syukur sangat2. Mungkin itu rezeki aku, mungkin orang lain ada rezekinya yang lebih baik, kita tak tahu...masing2 telah ditetapkan rezeki sendiri oleh Tuhan.
Isnin, 9 November 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
1 ulasan:
Semoga penantian anda membawa tidak sia sia. Mudah mudahan pilihan itu tidak salah dan sesuai bagi kegunaan anda...
Catat Ulasan